20170520_113018_resized

Sejarah Penubuhan

Rumah Bakti Al Kausar  ini diilhamkan oleh jawatankuasa  bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.

Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 17hb Sept  2011, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan AL Kausar Bangi Selangor dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Al Kausar.

Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan pada dari Pendaftar pertubuhan pada 10hb October 2011 dengan No. Pendaftaran: 4491-11-SEL. Setelah itu, sebuah rumah telah disewa bagi menempatkan semua anak-anak ini.  Sehingga hari ini seramai 24 orang anak-anak yatim dan miskin,  telah ditempatkan di rumah ini.

Bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan.

Objektif

Matlamat utama penubuhan Rumah Bakti ini adalah untuk membantu anak2 yatim/piatu daif dan fakir miskin serta tiada keluarga dan bersedia untuk menanggung mereka di dalam perkara-perkara berikut

1.Memberi pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna.

2.Menyediakan tempat penginapan yang selamat dan selesa.

3.Menyediakan makan / minum dan pakaian yang secukupnya.

4.Memberi kasih sayang, asuhan, bimbingan dan juga keselamatan ke atas mereka.

5.Menentukan anak2 yatim/piatu dan fakir miskin ini dapat berfungsi dan hidup berdikari didalam arus pembangunan dan masyarakat semasa yang semakin mencabar.

6.Menyediakan peluang2 melanjutkan pelajaran setinggi mana yang layak untuk anak-anak berkenaan

JAWATANKUASA RUMAH BAKTI AL-KAUSAR

Write something about the people who make your business go or your philosophy behind customer service.
Why? Because people want to know who they're doing business with. It's a human thing.

Ir. HJ RAZALI BIN HJ BASRI

PENGERUSI

ABU BAKAR BIN ABDUL RAFAR

NAIB PENGERUSI

FAUZIAH BINTI BASRI

BENDAHARI

MAKLUMAT BANK

NAMA AKAUN: PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR

BANK: MAYBANK ISLAMIC

NO. AKAUN: 5628 3461 5590