Siapa dan berapa ramai penghuni Rumah Bakti al-Kausar?
Penghuni terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin dan kini ada 24 orang penghuni iaitu 15 lelaki & 9 perempuan berumur dari 7 hingga 17 tahun ( darjah 1 hingga tingkatan 5)
Di manakah lokasi rumah bakti & cawangannya?
Terletak di Bandar Baru Bangi (sila rujuk bahagian "Contact Us") dan Rumah Bakti al-Kausar tiada cawangan di tempat lain sehingga kini
Adakah rumah bakti menghantar individu untuk mengutip derma?
Ya, individu-individu yang mengumpul derma merupakan kumpulan sukarelawan yang bergerak sendiri bagi mengumpul sumbangan untuk rumah bakti ini
_________________________________________________
Adakah al-Kausar mengenakan sebarang bayaran terhadap penghuninya?
Tidak kerana matlamat utama al-Kausar adalah untuk membantu anak-anak yatim & miskin terutamanya dalam hal-hal persekolahan & sara diri
_________________________________________________
Adakah al-Kausar menerima bantuan tetap daripada agensi kerajaan atau mana-mana agensi?
Tidak kerana al-Kausar merupakan badan sukarelawan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai non-profit organisation (NGO) & setakat ini al-Kausar juga tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana pihak