Jemputan Raya Magnum Ice Cream Shop, IOI Mall Putajaya

Ucapan ribuan terima kasih kepada Magnum Ice Cream Shop yang telah menjemput anak-anak Rumah Bakti al-Kausar ke kedainya yang terletak di IOI Mall Putrajaya pada 16 Julai 2017/ 22 Syawal 1438 yang lepas. Selain hidangan nasi beriani yang enak, penghuni sememangnya teruja menikmati aiskrim Magnum yang sememangnya digemari mereka. Terima kasih juga di atas layanan yang sangat baik oleh staf Magnum yang diketuai oleh En. Fendy selaku pengurus restoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *