Masih tidak terlambat kiranya untuk admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua terutamanya kepada penderma dan sesiapa sahaja yang banyak membantu bagi memastikan Rumah Bakti al-Kausar dapat terus beroperasi sehingga kini. Sememangnya dengan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu telah memberikan keceriaan kepada penghuni apabila mereka menerima duit raya atau dapat memilih sendiri pakaian raya yang ditaja oleh beberapa agensi kerajaan & individu yang pemurah.

Semoga Syawal ini dapat disambut dengan penuh keberkatan dan juga kami doakan agar semua penyumbang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik, dimajukan lagi syarikat atau organisasi masing-masing oleh Allah swt. Kami mengalu-alukan sekiranya Tuan-tuan & Puan-puan ingin berkunjung ke rumah bakti ini bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi pada-bila-bila masa sahaja. ­čÖé