Program Khidmat Masyarakat

Program khidmat masyarakat biasanya dianjurkan oleh pelajar dari institut-institut pengajian berdekatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Kolej Polytech MARA Bangi, Kolej Universiti Islam Malaysia dan lain-lain. Program seumpama ini juga ada dilaksanakan oleh syarikat-syarikat, NGO dan lain-lain pihak sebagai memenuhi program mereka untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

Majlis Tahlil/ Bacaan Yasin/ Aqiqah/ Jemputan Majlis Kahwin/ Harijadi

Rumah Bakti ini menerima undangan majlis-majlis seperti di atas oleh individu-individu atau syarikat-syarikat yang boleh diadakan sama ada di rumah bakti ini sendiri atau di kediaman/pejabat/mana-mana tempat yang disediakan oleh penganjur.

Aktiviti Sukan & Riadah

Aktiviti-aktiviti sukan & riadah seperti futsal, senamrobik, sukaneka dan badminton yang kami sertai biasanya dilaksanakan oleh pelajar-pelajar IPTA/ IPTS dan juga pihak sekolah melalui program-program tahunan yang dianjurkan.

Jemputan Majlis Berbuka Puasa

Kami juga menerima jemputan program berbuka puasa sama ada dijalankan di Rumah Bakti al-Kausar atau di luar.

Lain-lain Program

Selain daripada program-program di atas, kami bersedia menerima jemputan pelbagai program lain yang bersesuaian dengan peringkat umur penghuni seperti lawatan sambil belajar, program khidmat gunting rambut, jemputan makan malam dan lain-lain lagi.

Jemputan program

Jika ada sebarang pertanyaan atau jemputan untuk program-program anjuran anda, sila hubungi kami di bahagian "Contact Us" atau tekan button di sebelah